Tuesday, 16 July 2013

PUASA : AKU RINDU SAAT-SAAT ITU..

Assalamualaikum...

Alhamdulilah...diam tak diam Allah masih mengizinkan aku untuk mengecapi nikmat dan keberkatan Ramadhan 1434H bagi hari ke 7 hari ini. 

Masyallah...begitu pantas masa berlalu. Seronokkan kalau di bulan Ramadhan mengingati kenangan-kenangan lama. Terutamanya ketika di usia kanak-kanak. 

------------------- Kenangan Bersama Emak tersayang

Bila sebut niat di atas ni...aku benar-benar rindukan emak. Masih ingat di usia kanak-kanak. Mak lah orang yang begitu mengambil berat bab doa ni. Mak saban malam sebut doa ni. Dah baca ke belum? itu lah pertanyaan mak sebelum aku tidur. Malah kenangan mak datang dalam bilik..mengusap rambut membelai dan mencium aku memujuk agar berpuasa masih jelas ku ingat hingga kini. 

Saat tu Allah Hu Akhbar...betapa manjanya aku ngan mak. Maklumla aku anak bongsu. Mak juga orang yang paling rajin mengerakkan aku bangun sahur. Tapi....kini semua dah tinggal kenangan. Aku dah tak dapat rasa tu semua...aku dah tak dapat rasa pelukan mak yang memujuk aku baca doa puasa sebelum tidur...aku dah tak dapat nikmat mak bangunkan sahur. Bukan sebab mak dah tak ada...mak masih ada dan sihat. Alhamdulilah...cuma..faktor usia. Aku kian dewasa dan dah berumahtangan. Masakkan aku boleh mengembalikan saat-saat itu. 


Mak adalah merupakan aset yang paling berharga...kalau orang tak leh hormat emaknya...tak tahu la aku manusia jenis apa. Mak..aku sayang pada mu..dunia akhirat.

----------------------  Kenangan bersama gang kampung


Bulan Ramadhan bulan paling enjoy di usia kanak-kanak. Mendapat lesen keluar malam. Berbuka di masjid berterawih. Tapi tak terawih mana pun..hehehhe. Aku ngan gang aku naik basikal pusing kampung. 

Masa tu..kalau naik basikal. Dalam 6-7 basikal. Macam jalan kampung bapak kami yang punya. Best gila..dalam gelap leh merata kampung kami jelajahi. Habis berbasikal gang kami main POLIS SENTRY...pergh main kejar-kejar. ramai main..dalam 20 orang. Ada yang jadi polis ada yang jadi penjenayah. Korang tak kan tak tahu kut...permainan ni. Yang jadi penjenayah..di kejar polis. Siap buka baju...badan lumur minyak. Berpeluh-peluh usah cakap..konon susah nanti polis nak tangkap. Ada yang sembunyi sampai panjat pokok. Malah yang mahal..pokok betik pun ada yang berani panjat semata-mata nak menyorok. Tak pa la..badan slim-slim masa tu.Tengok la ni..panjat tgk...spital la duduk.lol.

Yang bestnya..budak pompuan pun main sama. Tapi budak dulu lain..umur 12 tahun leh main sama-sama. Bukan apa..budak dulu bersih pemikiran. Tak pikir benda-benda tak senonoh. Boleh peluk dan tangkap budak pompuan waktu main. No hal punya...U SEE Now..kalau la ni. Hampehhh....tahap pemikiran budak-budak 12 tahun dah menjangkau dewasa. Dah tak ada mak bapak yang sanggup bagi main budak lelaki ngan pompuan sekali. lain jadinya. DULU MMG TERBAIK la... Aku masih ingat gang2 aku...lim, man dayak, moktar cokin, nuar teh, lan katak, emy, faizal, yati, zila, Dah, Rapi, Mat Ali, Sham, Ija, Razak dan lain-lain. 

Korang-korang semua dah berumahtangga...raya ni insyallah...kita jumpa jika ada rezeki. Masa raya la..kat masjid kita sering buka semula cerita zaman kanak-kanak ni. Ada kala anak-anak kita hairan bila tgk kita gelak besar hingga keluar air mata. Kenangan yang mengusik jiwa. Tak boleh dijual beli. 

Ok la..banyak nak diceritakan. Tapi aku ni bukan cikgu sastera atau Bahasa Melayu..aku x pandai nak ayat-ayat ni. Ni kut kelemahan cikgu Sains. Heheh...bila aku baca balik apa aku tulis...jahanam bahasa. Marah cikgu BM nanti. hehehe

Selamat Malam...harap bertemu Ramadhan ke 8 esok..dan hingga ke penghujungnya. Amin.


Friday, 5 July 2013

Konvensyen Dr Muda Peringkat Kebangsaan 2013 (2hb-5hb Julai)

Assalamualaikum...

2hb hingga 5hb Julai
Kenangan 2013
Konvensyen DR Muda Peringkat Kebangsaan
di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Baru balik dari Universiti  Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. (2-5hb Julai 2013) 4 hari berkampung. Aku bersama team Perak menginap di Blok C. Banyak pengalaman dan idea baru ditimba. Letih tapi menarik. Pengalaman menyertai Konvensyen Dr Muda Peringkat Kebangsaan tidak boleh dilupakan oleh diri ini hingga akhir hayat. 

Sekolah kami mewakili Perak dalam 5 kategori. Iaitu : Pameran, Inovasi, Buku Informasi, Kuiz dan Tokoh Dr Muda Kebangsaan.  Manakala kategori lain diwakili oleh sekolah lain. Kategori Sketsa umpamanya diwakil Kinta Utara, Ipoh.  

Berkat kerja bersunguh dan tanpa jemu kami warga SKSI. Allah telah memberikan rezeki yang baik buat kami. 

Kategori Pameran...Perak yang diwakili sekolah kami telah dinobatkan JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN.

Cikgu Azizah Yanya dan Suami...begitu banyak sumbangannya hingga kejayaan ini dikecapi. Tahniah Kak Zah...akhirnya Pameran anda terbaik di Malaysia.

DR Muda yang berjaya mengharumkan nama PERAK
Kami dinobatkan JOHAN PAMERAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Kategori Inovasi...Perak yang juga diwakili sekolah kami NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN.

DR Muda SKSI yang mewakili Perak bersama Aku dan Ustaz .
Kami sebagai guru pembimbing bangga kalian berjaya Naib Johan  Inovasi Peringkat Kebangsaan
(Sabun Herba Dr Muda SKSI)
Wakil Perak sedang membentangkan Inovasi kepada 3 orang juri.
Mereka membentangkan kertas kajian dan dapatan di hadapan
tetamu di kalangan guru2 pembimbing dan peserta seluruh Malaysia.
Giliran no 2 selepas SARAWAK.


Apa yang paling menarik, usaha aku bersama ustaz telah membuahkan hasil. Idea kami menghasilkan SABUN HERBA telah menarik minat para juri. Aku bangga mempunyai rakan seperjuangan seperti ustaz yang begitu komited dalam menjayakan inovasi membuat sabun. Aku tabik spring pada mu ustaz. Malah kami berbangga dianugerahkan anak-anak didik yang petah berkata-kata dan mudah menerima apa yg kami ajari. hasilnya kami membawa pulang 2 kejayaan buat negeri Perak.

Terima Kasih kepada Team Kementerian Kesihatan yang begitu baik dan bersemangat membantu kami hingga berjaya mencapai kejayaan-kejayaan ini. 

4hb Julai...kami sempat membawa mereka bersiar2 di Melaka.
Kemudian sekitar jam 9.00 mlm...kami kembali ke USIM. N9.

Bersama anak-anak didik..ternyata kalian bijak2.
Teruskan kegemilangan apabila di sek men pula.

NI 5hb. Julai...sekitar 8.00 pagi. Kami bersiap2 nak balik Perak.
Tudung biru tu sister wakil Perak dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bangunan belakang tu..tempat kami menginap selama 4 hari. 
5HB Julai...sebelum meneruskan perjalanan ke Perak
Kami singgah di Kuala Lumpur. 

Jum mencerap....Ramadhan kan dah dekat ni. :)

Bersama anak. Muhd Adib Danish. 
Muka-Muka Ceria...setelah siang malam berlatih dan menghafal apa yang perlu
untuk menyertai pertandingan Konvensyen Dr Muda Kebangsaan ini.
Kenangan Bersama SIFU Dr Muda SKSI
Puan Azizah Yahya..anda mmg hebat dan amat2 dedikasi. Saya banyak
belajar dari kak. Tq very much.
(Puan Azizah Baju Kurung Hijau..no 1 dari kiri)

Hingga berjumpa lagi...Konvensyen Dr Muda Peringkat Kebangsaan akan datang. 2015. Khabarnya mungkin PERAK tuan rumah. 


Wednesday, 19 June 2013

Kuala Lumpur..11hb - 14hb JUN 2013

Salam...


Lama juga aku tak menjenguk diary maya ni. Dalam minggu lepas..agak sibuk. So malam ni kalau ikutkan x juga boleh meluangkan masa kat sini. Namun ku gagahi jua..che wah. Mencatat perjalanan hidup ku pada minggu lepas.

4 hari aku kat KL. Menginap kat Silka Maytower Hotel bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Setelah lebih kurang 4 jam dalam kereta...aku sampai kat KL. Terus mendaftar.  

Cikgu Azrizal..SK Pusing. Roomate aku kat KL
Lepas dengar taklimat. Aku gegas ke bilik di tingkat 29. Bilik aku 2916. Ok la..view tak cantik sebab mengadap bangunan yang tak popular. Hehehhe...Bilik kecil...tapi kemas dan cantik. Gambar bawah ni..aku ngan roomate aku. Dulu kami JU Negeri Sains Tahun 3. La ni jumpa lagi..jadi JU Negeri Sains Tahun 4 pulak.

Kumpulan X dan Y. Mantopppp...kembang kena puji ngan BPG. 
Makan sedap dan memuaskan. Tapiiii...ada tapi. Pertama kali aku berkursus hotel tak beri perkhidmatan wifi percuma. Nak wifi RM10.00 sejam. Lawak la hotel ni...belum pernah aku jumpa perkhidmatan gini. 

Aku sedang membentangkan RPH..wakil kumpulan X dan Y.
Malam dah mula taklimat hinggalah hari yang terakhir. Semua pegawai BPG, Lembaga Peperiksaan dan JPN Zon Tengah memberikan input yang terbaik. Malam lak kami free...aku ngan gang ronda Sogo. Best gila dengar GENJI BUSKER buat show free malam tu. Terangkat bro...suara dia orang memang sedap. Tak sedar aku join tengok show free tu sampai SOGO tutup. Banyak jugak la budak-budak tu dapat duit dari penonton. Terbaik lah korang.

suara dia org ni sedap...tak caya gi tgk live. :)

Selama 4 hari tu...kami didedahkan dengan DSK & DSP Sains Tahun 4. Buat RPH. Buat microteaching. Tapi yang bestnya...jumpa gang-gang lama. 

Jumpa kembali...setelah 17 tahun tak jumpa.
Junior aku masa kat MPSAH. :)

Malam kedua..aku ngan gang perak merayau ke Bukit Bintang dan Petaling street. Just cuci mata aja. Tak ada apa yang best pun...rimas lagi ada. Hehheh

NI malam ke 2...merayau kat sini dan BB. Kul 1.30 am baru balik.
Jalan-Jalan Cuci Mata.
Alhamdulilah...selesai 4 hari berkursus. Aku balik Perak tengahari Jumaat tu. Selamat pergi dan selamat sampai. Syukur...

Umur panjang...jumpa lagi tahun depan 2014. :)

Sunday, 9 June 2013

Jum Pi Sekolah Esok.

Salam...


Esok bermula rutin harian mengajar. Memulakan rutin esok sebagai guru bertugas. Apa lah yang nak digebangkan esok...tapi tak pa. Semua guru hampir skrip yang sama..heheheh.Tapi dah dapat mic esok..pandai la aku nak cakap. 

Esok juga mula la ada singa-singa yang macam kelaparan. hehehe...sana sini suara meninggi. Mana taknya...naik hangin bila ada anak didik yang tak siap kerja sekolah. Dua minggu ooo...pasti ada anak didik yang buat muka selamba rasa tak bersalah...bila kerja sekolah tak siap. Alasan usah cakap..macam-macam ada. bak pakej ASTRO. Hahahah...

Pada guru-guru bawa banyak bersabar. Kang darah tinggi...sakit jantung siapa nak tanggung. Kita guru berdoa...moga hati dan tingkahlaku yang negetif seperti tak siapkan kerja sekolah dan sebagainya itu akan cepat disedari murid dan cepat berubah ke arah positif.Insya Allah.

Apapun..esok mula la langkah kita ke sekolah dengan azam yang tinggi membina anak jati bangsa supaya menjadi bangsa yang maju dan cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Merealisasikan harapan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia. Amin.

Selamat menjalankan tugas esok buat semua guru di Malaysia. Moga Allah sahaja membalas jasa-jasa para guru yang dikasihi. Amin.

Eskperimen : Titisan Air (Masa Berlaku Secara Seragam)
Tahun 4....Kelas Aku.
Eksperimen : Titisan Air Berlaku Secara Seragam (Masa)

Friday, 7 June 2013

KSSR Tahun 3 : Macam-Macam Ada (1)

Salam..
Bahan-bahan ni korang leh download jika mahu gunakan. Ini adalah hasil penjelajahan kami(aku,Cikgu Faizal & Cikgu Dahlia) di dua daerah sewaktu menjadi JU @ Jurulatih Utama Sains KSSR Tahun Tiga 2012. Bahan-bahan ini merupakan kolaborasi di antara JU dengan guru-guru Sains Tahun 3 di daerah Perak Tengah dan Guru-Guru di daerah Kinta Utara. 

Entry ada 2  : KSSR Tahun 3 : Macam-Macam Ada (1)
               KSSR Tahun 3 : Macam-Macam Ada (2) - dlm 
               proses

RPT
Pengoperasian PBS Tahun 3
Pemetaan DST Kepada Standart Prestasi Tahun 3
Cara Penyediaan Evidens Untuk Fail Perkembangan Murid
Borang Prestasi Individu Tahun 1

Band 1 (B1DT1E1)                 

Band 2 (B2DT1E1)
Band 2 ( B2DT1E2)
Band 2 (B2DT2E2)

Band 3 (B3DT1E1)
Band 3 (B3DT2E1)
Band 3 (B3DT3E1)
Band 3 (B3DT4E1)
Band 3 (B3DT5E1)
Band 3 (B3DT6E1)

Band 4 (B4DT1E1)(B4DT1E2)(B4DT1E3)
New Band 4 (B4DT2E1) dan (B4DT2E2)

Band 5 (B5DT1E1)
Band 5 (B5DT2E1)
Band 5 (B5DT3E1) dan (B5DT3E2)

Band 6 (B6DT1E1E2)
Band 6(B6DT2E1E2E3)
Band 6 (SEPARATOR)

Wow..Sedap Hingga Jilat Jari

Salam...


Malam ni (7.6.2013) bawa anak-anak gi Ipoh. Shopping sikit. Dan yang banyaknya cuci mata kat Jaya Jusco St 18. 

Tak ramai sangat malam ni. Boleh la. Tapi kat panggung wayang ramai..aku cuma lalu aja. Jangan terkezut bro..aku tak minat tengok wayang sejak zaman aku masih ada teruna lagi. heheheh.

Tempat-tempat gelap ni rimas bagi aku. Tapi ada yang suka..aku tahu sebab apa. shuhhhh...jangan cakap 18Sx. hahahaha


Bab makan...malam ni anak-anak request nak makan kat KFC. Mak ai..selera barat tul budak la ni. Aku ni makan la juga..tapi aku ni dari perut mak aku..mak aku orang kampung. aku apa lagi suka makanan kampung la. Kalau ulam ngan sambal belacan..mai kat aku. Tu sedap..mak mertua lalu pun aku tak perasan. lol.

Order dah mai...jgn lupa baca Bismillah dulu sebelum makan
Emm..muka puas hati la tu..ayah  ikut cakap korang...mlm ni. hehehhe
Em...habis licin semua. 
Lepas layan makan anak-anak, aku pi la shopping ala kadar. Dapat la baju kemeja sehelai ngan hehehe..malu nak cakap. Ntah macam mana aku terbeli shirt Slim & Lift. Haaaa...jangan kutuk aku. 

Tengah tunggu wife shopping baju along & Kak Ngah...Tak larat ikut ong pompuan
bab memilih...berjam2. :)
Ni bukan apa ni..bahana pengaruh iklan dalam internet la ni. Betul ke perut buncit leh kempis. Aku ni x la boroi sangat...tapi sbb nak mencuba beli la juga. hahahahah..

Beli jangan tak beli...mencuba itu tak salah kan. :)
Orang kata tak cuba tak tahu...takut melabur mana nak dapat untungnya...tak pecahkan ruyung mana dapat sagunya..amboi-amboi bermadah pulak aku. Lagi satu ada aku kisah...duit aku la bro. Kau sebuk apa.

Ok la..dah 10.46. nak layan Raja Lawak jap..lepas tu nak tido. Letih juga merayau Ipoh ni. Selamat Malam. 


Thursday, 6 June 2013

Tubuh Ku Di Kerat 3

Salam...


Tajuk dah gerun...heheheh. Tapi sah ada yang makin hamun aku. Cisss...ingatkan apa. Baca tajuk kemain ek. ala itu gimik aja bro.Badan ni kena kerat 3 la nampak gaya bukan apa. Sebab kepercayaan yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG),Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN)dan Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tenga (PPD) kepada aku. Terima Kasih. 


Kenapa nak kerat...? mana tidaknya...minggu dan hari yang hampir sama aku kena pergi menghadiri kursus dan amanah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Surat 1 :

Bengkel JuruLatih Utama Negeri Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Peringkat Sekolah Rendah Negeri Perak Fasa Kedua 2013 (Siri 1).

Lokasi : Pulau Pangkar selama 3 hari.
Tarikh : 10hb hingga 12 Jun 2013
Tempat : Purnama Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Surat  : JPN Perak


Bila sebut Pangkor bestnya...dah banyak tahun aku tak sampai. Walapun jarak umah mak aku ngan Pangkor tak la jauh mana. Tu yang meluap-luap nak pergi ni. Tapi apakan daya..boss suruh gi KL aja. Punah harapan nak bersantai tepi pantai. hehehe..
Pulau Pangkor...bestnya

wow...damainya pantai. rugi-rugi tak kemari. Kena gi KL juga..sedih..:(

Surat 2 :

Kursus Induksi Jurulatih Utama (JU) Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 4-2013.

Lokasi   :   Kuala Lumpur selama 4 hari.
Tarikh   :   11hb hingga 14hb Jun 2013
Tempat   :   Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, KL.
Surat    :   JPN Perak 


Kursus ni masuk tahun ke dua dah. tahun lepas 2012 dah pergi. jadi JU juga..untuk tahun 3. emmm...JPN janji nak bagi orang lain. Tapi nama naik juga...BOSS lak galak aku pergi kursus ini berbanding Pangkor. Tapi Pangkor lebih mengamit2 aku. ayoooo...dalam dilema aku. 

Aku di sini...4 hari. Insyallah.

Tempat beradu..hehhehe

Surat 3  :

Jemputan Sebagai Penceramah untuk Program Teknik Menjawab soalan UPSR Kelompok 1 Peringkat Daerah Perak Tengah 2013. 

Lokasi    :   PPD Perak Tengah selama 1 hari
Tarikh    :   13hb Jun 2013
Tempat    :   PPD Perak Tengah @ SK Belanja
Surat     :   PPD Perak Tengah


Alhamdulilah..yang ni dah seleasi. aku minta tolong rakan JU Sains yang lain. Nasib cikgu tu bersetuju ganti aku. Tq very Much. 

Pejabat PPD Perak Tengah.
Apapun...terima kasih atas kepercayaan ni semua. Amin.